11 Julai 2011

STAR LOCAL REPEATER

ASSALAMUALAIKUM...


Bersyukur ke Hadrat Allah kerana dipermudahkan segala urusan siang dan malam. Dalam tempoh percubaan ini, Stesen Pengulang Kelab STAR yang telah dinaikkan seketika dahulu telah mengalami kerosakan oleh kerana bencana alam dan juga sistemnya yang telah mengalami kerosakan...

Dikesempatan ini, AJK KELAB STAR telah mengambil kata putus untuk naik ke puncak Bukit Larut Untuk memperbaiki segala kerosakan, tetapi malangnya semua peralatan telah rosak akibat bencana alam. Diperingkat awal 3 stesen telah ke puncak Bukit Larut dan membawa turun peralatan yang telah rosak.

Berkat kesungguhan dan kemahiran ilmu yang ada RAKAN STAR, 9W2ABV (ABU - Pegawai Teknikal) beliau telah menyiapkan repeater menggantikan peralatan yang telah rosak.
Dengan kerjasama rakan-rakan yang lain peralatan disediakan bersama . Walaupun agak susah untuk mendapatkan handy ICOM V8 tetapi akhirnya segala usaha tidak mengecewakan.

Rakan Star bersama-sama berganding bahu untuk membantu 9W2ABV meringankan beban beliau yang selama ini hanya dipikul dengan sukarela.




Tidak dinafikan bahawa beliau seorang yang gigih menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan... Diperingkat permulaan Repeater ini diuji di base station 9W2ATD. Oleh kerana antena ProGainer berada di base 9W2ATD maka ujian pancaran menggunakan antena ini terpaksa dilakukan dibase 9W2ATD.


Setelah ujian antena berjaya dilakukan maka, proses menurukan antena ini dilakukan dengan kerjasama rakan2 STAR, 9W2JTJ, 9W2SMY, 9W2DJP, 9W2ATD, SWAL Joe, SWAL Kimi dan SWAL Afham. Kerjasama dari semua JTJ, HAM, dan Kimi telah naik keatas bumbung rumah ATD yang nyata diatas bukit Lake View dan Tingkat 2 dah tinggi dan tinggi lagi.

Alhamdulillah semuanya selesai dengan menurunkan kedua-dua antena. Terlaksana sudah tugasan menurunkan antena ProGainer yang mana akan dipasang dan di pacak di puncak Bukit Larut.

Persiapan demi persiapan di susun rapi dan dibincangkan bersama rakan-rakan STAR untuk menaikkan Repeater ini di Puncak dan Pencawang Bukti Larut.
AJK STAR telah memanggil beberapa ahli untuk berbincang untuk tugasan menaikkan dan kerja-kerja pemasangan repeater... Hasil dari perbincangan ini seramai 7 stesen telah sukarela menawarkan diri untuk memikul tugasan yang telah diamanahkan. Misi ke Puncak Bukit Larut diketuai oleh Peg.Teknikal 9W2ABV (ABU), dan dibantu oleh 9W2SMY (Ust.Mazlan-Bendahari), 9W2ZIS (Ckg.Aziz- S/Usaha), 9W2DJP(Dj Sham - Biro Penerangan, Multimedia & Keahlian), 9W2JTJ (Jamil Tok Janggut - Biro Sukan dan Rekriasi), 9W2VRI (Ckg.Nazri), SWL Che Wan.

Tarikh 11hb Julai 2011 telah dipilih sebagai tarikh istimewa KELAB STAR kerana pada tarikh ini kerja menaikkan repeater akan dilakukan. seawal jam 7.00pagi rakan yang terlibat telah berkumpul dikaki Bukit Larut menunggu jeep @ kenderaan pertama untuk naik ke puncak Menara Bukit Larut @ Gunung Hijau. 9W2OPT (President -STAR) juga berada dikaki Bukit Larut bagi memberikan sokongan pada rakan2 yang terlibat.

Perjalanan 45 minit dari Kaki Bukit ke Puncak Gunung Hijau membuatkan kami tiba pada jam 8.30pg. Setibanya rakan2 STAR di puncak kami bersarapan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dimulakan. Penghargaan pada 9W2JLA (Kak Jamilah - XYL 9W2ZIS) yang telah menyediakan sarapan pagi yang sungguh enak membuatkan kami tambah bersemangat untuk kerja.

Semua rakan yang terlibat memulakan kerja membersihkan kawasan dan menyiapkan tempat memasang peti repeater . kerja menggali tanah untuk menanam paip PVC untuk kabel
kuasa dilakukan serentak. ABV dan semua bertungkus-lumus menyiapkan tugasan masing masing. setelah pemasangan peti selesai antena dinaikkan dan dilakukan pancar uji bersama rakan yang telah sedia di jaluran. antara yang terlibat untuk pancar uji, 9W2ZAC (Pak Zain - Naib President STAR) di Changkat Jering, 9W2OPT (President STAR) mobile dari Kemunting ke Ijok dan kawasan sekelilingnya, 9W2RMX (Pak Ramizan) kwsn Bandar Taiping, 9W2LPP (Azhar) kawasan Pantai Remis, dan beberapa rakan lain yang turut membantu.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketekunan, kerja pemasangan berjalan lancar dengan bantuan semua rakan-rakan radio amatur. Alhamdulillah setelah selesai semua tugas-tuga rakan STAR bergerak turun ke Kaki Bukit pada jam 2.45ptg.

pihak kelab STAR Taiping amat-amat berterima kasih kepada semua Rakan-rakan STAR yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kerja-kerja amal ini. sesungguhnya kepayahan yang anda luahkan ini dapat dinikmati oleh rakan-rakan. Semoga Allah membalas
segala jasa anda semua...

FREQUENCY : 145.6375
MINUS : -.600
TONE : 85.4
PROGRAM CHECK NET : SETIAP RABU JAM 9.00

JOM KITER HEBOH-HEBOHKAN PADA RAKAN2 SEMUA...












9W2JTJ, SWL KIMI & SWL HAM
proses menurunkan antena











Perbincangan rakan yang akan bertugas
9W2DJP, 9W2OPT, 9W2JTJ











perbincangan bersama
9w2ZIS,OPT,JTJ,SMY,ABV,ZVO &VRI










Siap sedia dalam jeep sebelum bergerak ke puncak dari kiri 9W2 DJP, ZIS, JTJ&
SWL Che Wan













Kerja-kerja memasang peti bermula
dari kiri 9W2 JTJ, ABV (panjat), VRI,
SWL Che Wan










Sarapan pagi....
penghargaan pada 9W2 JLA... xyl ZIS
















Isi Tangki dulu....


















KAMI LAH JUARA...
kami berkerjasama untuk kita...
kami berusaha untuk kita....
kami berganding bahu untuk kita....
kami sedia untuk kita.....
jangan ditanya apa usaha....
kami berkorban demi semua....
ikhlas berganding seia sekata....
tak kenal tua atau pun muda....
kami gembira anda bersuka....
salam 73, dari semua untuk semua...



lapuran :
9w2 DJP
Biro Penerangan, Komunikasi dan keahlian
Kelab STAR,
TAIPING...
73,88... Clear..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan