26 Mac 2014

RADIO AMATUR DAN KELAB KENDERAAN BERMOTOR...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

   Kebelakangan ini, banyak pemilik kenderaan bermotor dari kelab-kelab kenderaan bermotor menggunakan RADIO AMATUR (frequensi VHF) di kenderaan atau ditangan. Kebanyakannya adalah bukan memeganga Apparatus Assighment (AA) dan tidak memiliki callsign yang diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimidea Malaysia atau SKMM. Keadaan ini adalah salah mengikut akta komunikasi.

     Keadaan ini dilihat menjadi trand kelab kenderaan bermotor kerana dilihat memudahkan komunikasi antara mereka, sedangkan perkara sebegini adalah salah disisi undang-undang dan dikuatiri akan melanggar SOP yang telah ditetapkan. Bila ditanya ada yang memberitahu sekadar suka-suka. Oleh kerana penguatkuasaan dan pemantauan yang amat kurang dari pihak SKMM maka perkara sebegini berlaku.

    Kelab STAR akan mengambil inisiatif untuk mengadakan program pengenalan tentang Radio Amatur ini kepada kumpulan-kumpulan ini. Pendedahan dan juga pengetahuan terperinci akan diberikan serta dizahirkan untuk semua yang berminat mendalami dunia radio amatur. Program akan diadakan kelak dijangkan akan menarik minat ramai ahli kelab kendaan bermotor ini untuk menduduki Peperiksaan Radio amatur atau RAE. Dengan usaha sebegini dijangka bilangan ahli yang akan memiliki Callsign akan bertambah dan perkembangan rakan amatur juga akan bertambah...

     Akhir kata, Jangan kerana minat undang-undang kita ketepikan, jangan kerana nak mudah kita akan susah...

SHAHARUL HISAM BAHARUDDIN
Presiden / Pengerusi
Kelab STAR Taiping



24 Mac 2014

Ucapan Takziah MH370

Ucapan Takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 daripada jawatankuasa tertinggi dan ahli kelab STAR Taiping...

Berita sedih ini juga dirasai oleh seluruh dunia.Namun kuasa Allah adalah segala-galanya...

Semoga roh semuanya tenang disana. AMIN..

Al-Fatihah..

23 Mac 2014

MISI 2014... LOCAL REPEATER...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


     Tahun 2014 akan bermulanya misi yang telah lama terpendam dan akan dipanaskan semula dengan kerjasama semua ahli... Berbekalkan ilmu yang ada pada ahli-ahli, STAR akan mengorak langkah menuju lebih jauh....

     Misi tahun 2014 telah menjadi impian semua ahli untuk kembali mewujudkan LOCAL REPEATER dengan callsign dan Apparatus Assignment yang diluluskan oleh pihak SKMM. Usaha semua ahli akan direalisasikan bersama untuk merapatkan jurang perbezaan pendapan dan jarak...

     Semoga usaha bersama ini kan membuahkan hasil selewat-lewatnya bulan mai 2014...


Ayuh bersama kita berusaha...

JAWATANKUASA BARU SESSI 2014 - 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mesyuarat Agong Tahunan 2014 yg diadakan pada 23 March 2014 di Dewan Sekolah Kebangsaan King Edward VII Taiping telah menerima perlantikan Jawatankuasa baru bagi sessi 2014 - 2016 , berikut adalah senarai lantikan :

Pengerusi Kelab :
Shaharul Hisam Bin Baharuddin ( 9W2 DJP )

N/ Pengerusi :
Halil Hisam Bin Hussin ( 9W2 WTO)

Setiausaha :
Awang Bin Muhammad ( 9W2 AWA )

Pen. Setiausaha :
Mahizam Bon Omar @ Mansor ( 9W2 ZPT )

Bendahari :
Nazri Bin Noh ( 9W2 VRI)

AJK :

- Jamil Bin Emba ( 9W2 JTJ )
- Mohd Zulkifli Bin Saaidin (9W2 MZS )
- Ariffin Bin Jaafar  ( 9W2 VRP)
- Azizul Adlan Bin Mohd Adnan ( 9W2 DMG )