03 Oktober 2011

PEPERIKSAAN RAE

ASSALAMUALAIKUM...

Peperiksaaan @ Ujian Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri 2/2011

Tarikh Ujian diadakan pada 7 Disember 2011 (Rabu), Jam 2 petang

Tarikh Tutup Pemohonan pendaftaran pada 21 Oktober 2011 sblm 5 petang



Kepada Rakan-rakan yang berminat untuk menyertai peperiksaan ini anda boleh mendaftar untuk peperiksaan ini, Sebagai alternatif, Kelab STAR akan mengadakan kelas persediaan RAE tersebut. Kelas akan diadakan untuk 3 Bahagian dan 3 kali Kelas, dimana kelas pertama akan menumpukan pada Bahagian Amatur Operation Prosedur (AOP), Kelas ke 2 ada berkisarkan pada Bahagian Teknikal dan Kelas Ke3 adalah untuk Pre Peperiksaan (Q&A)

Untuk menyertai kelas persediaan sila SMS :
Nama Penuh :
No Kad Pengenalan:
Alamat :

Kepada Biro Penerangan & Keahlian Kelab Star 012-4966676 / 0195534456 - 9w2DJP



03 Ogos 2011

RAE 1/2011

ASSALAMUALAIKUM....

KEPUTUSAN RAE SIRI 1/2011 TELAH PUN DIKELUARKAN OLEH SKMM, KEPADA YANG LULUS BAGI PIHAK STAR SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA YANG GAGAL JANGAN PUTUS ASA KITA CUBA LAGI DILAIN KALI,...

UNTUK SEMAK KLIK SINI



LAPORAN :

9W2DJP, DJ SHAM
Biro Penerangan, Multimedia & Keahlian
Kelab STAR Taiping

23 Julai 2011

TAHNIAH..!! CAHAYAMATA BARU 9W2DMG



ASSALAMUALAIKUM...


24hb Julai 2011, sekitar jam 8.00 pagi, di Wad Bersalin Hospital Taiping, XYL 9w2DMG telah melahirkan seorang Puteri baru dengan selamat. Ketika ini XYL 9w2DMG ditempatkan di Wad kelas 2, Wad Bersalin Hospital Taiping.Kegembiraan menyambut cahayamata baru ini dirasai oleh rakan-rakan apabila menerima panggilan dari 9w2DMG.

Kelab STAR Taiping beserta semua AJK STAR dan AHLI STAR mengucapkan TAHNIAH kepada Tok Megat, semoga dengan bertambahnya seorang lagi cahayamata akan menceriakan lagi hari-hari Tok Megat.




Sekian
Laporan


9w2DJP, DJ SHAM
Biro Penerangan, Multimedia & Keahlian
Kelab STAR Taiping


9W2JTJ Dimasukkan ke Wad C5

ASSALAMUALAIKUM...

22hb Julai 2011 sekitar jam 11mlm, ketika rakan STAR sedang ber QSO di Star Local Repeater kami menerima panggil "BRAKE" yg menyatakan 9w2JTJ , Jamil Bin Emba dihantar ke Wad Kecemasa Hospital Taiping dalam keadaan tidak sedarkan diri. Panggil tersebut disambut oleh 9W2ABV dan terus beliau menghala ketempat kejadian.

Mengikut lapuran dan sejarah kesihatan beliau(Jamil). Beliau mengidap penyakit ASMA
atau semput. Diperingkat awal beliau dihantar ke Wad Kecemasan dalam keadaan kritikal, setelah pihak hospital membuat rawatan keadaan beliau menunjukkan berubahan sembuh.

Pihak hospital Taiping telah memasukkan Jamil ke Wad C5 untuk rawatan lanjut. ketika di wad kecemasan antara rakan yang berada disana 9w2ABV, 9w2VZO, 9w2ATD, 9w2ZIS, 9w2DMGJP, 9w2DJP, SWL DJO, SWL DJE, SWL DJK.

Sehingga 23hb Julai 2011 , Jamil dilapurkan telah sedar dan kembali pulih.... Doa dah harapan semua AHLI STAR dan RAKAN RADIO agar 9w2JTJ kembali pulih seperti sediakala..

Sekian Lapuran,


9w2DJP, DJ SHAM
Biro Penerangan, Multimedia & Keahlian
Kelab STAR Taiping.

13 Julai 2011

Musibah Menimpa 9W2JTJ

ASSALAMUALAIKUM...

9W2JTJ - SAUDARA JAMIL BIN EMBA,

Melalui informasi yang diterima, pada 13hb Julai 2011 sekitar jam 2.00pagi, kediaman 9W2JTJ Jamil Bin Emba telah dimasuki oleh Pencuri @ penceroboh. Difahamkan pencuri tersebut telah memasuki melalui pintu hadapan dan ketika ini JTJ berada di Hospital untuk mendapatkan ubat.

Melalui sumber pencuri tersebut menggunakan senjata dan diacukan kepada harmonic JTJ dan mengugut XYL kepada JTJ untuk tidak membuat bising.

Dalam kejadian, pencuri tersebut telah melarikan 2 bentuk cincin emas dan wang tunai dianggarkan sekitar RM350.00 sebelum mereka meninggalkan mangsa. dalam kejadian tiada kemalangan jiwa dilapurkan. Mangsa telah diselamatkan oleh jiran tetangga.

Mengikut sumber, JTJ dan XYLnya telah membuat laporan POLIS di Balai Polis Kamunting... Unit forensik, K-9 dan Jab Siasatan Jenayah dimaklumkan telah membuat pemeriksaan di kediaman mangsa.

QRU, 73, Clear

Laporan :
9W2DJP, DJ SHAM
Biro Penerangan, Multimedia & Keahlian
Kelab STAR Taiping

CHECK NET "MESRA BERSAMA STAR" PERTAMA

ASSALAMUALAIKUM...


13hb Julai 2011, kali pertama setelah dinaikkan dan diperbaiki stesen Pancar Ulang STAR pada isnin yang lalu, malam ini jam 9.20mlm KELAB STAR Taiping telah memberi kepercayaan kepada 9W2ZAC (Pak Zain) untuk mengendalikan program check net "Mesra Bersama Star" .

Di peringkat permulaan ini Net Controller memulakan dengan ucapan pembukaan dan membuka peluang kepada AJK STAR untuk infomasi berkenaan KELAB diikuti oleh "emergency traffic" dimana 9w2JTJ memaklumkan musibah yang menimpa diri dan keluarga beliau.

Check Net dimulakan oleh 9W2 ZAC dan program pertama ini disertai oleh seramai 14 stesen dari sekitar Taiping, Nibung Tebal, Kuala Kangsar, Sungai Senam. Beberapa infomasi telah dikeudarakan oleh beberapa station.

Program ini berakhir sekitar jam 10.05mlm... bagi pihak kelab STAR Taiping, kami mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat dan menjemput anda lagi untuk terus bersama minggu hadapan. Terima kasih dah Tahniah kepada pendali net pertama mlm ini 9W2ZAC yang telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang...

salam 73, Clear..


Lapuran:
9W2DJP, DJ SHAM
BIRO PENERANGAN, MULTIMEDIA DAN KEAHLIAN
KELAB STAR TAIPING
PERAK.

11 Julai 2011

STAR LOCAL REPEATER

ASSALAMUALAIKUM...


Bersyukur ke Hadrat Allah kerana dipermudahkan segala urusan siang dan malam. Dalam tempoh percubaan ini, Stesen Pengulang Kelab STAR yang telah dinaikkan seketika dahulu telah mengalami kerosakan oleh kerana bencana alam dan juga sistemnya yang telah mengalami kerosakan...

Dikesempatan ini, AJK KELAB STAR telah mengambil kata putus untuk naik ke puncak Bukit Larut Untuk memperbaiki segala kerosakan, tetapi malangnya semua peralatan telah rosak akibat bencana alam. Diperingkat awal 3 stesen telah ke puncak Bukit Larut dan membawa turun peralatan yang telah rosak.

Berkat kesungguhan dan kemahiran ilmu yang ada RAKAN STAR, 9W2ABV (ABU - Pegawai Teknikal) beliau telah menyiapkan repeater menggantikan peralatan yang telah rosak.
Dengan kerjasama rakan-rakan yang lain peralatan disediakan bersama . Walaupun agak susah untuk mendapatkan handy ICOM V8 tetapi akhirnya segala usaha tidak mengecewakan.

Rakan Star bersama-sama berganding bahu untuk membantu 9W2ABV meringankan beban beliau yang selama ini hanya dipikul dengan sukarela.




Tidak dinafikan bahawa beliau seorang yang gigih menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan... Diperingkat permulaan Repeater ini diuji di base station 9W2ATD. Oleh kerana antena ProGainer berada di base 9W2ATD maka ujian pancaran menggunakan antena ini terpaksa dilakukan dibase 9W2ATD.


Setelah ujian antena berjaya dilakukan maka, proses menurukan antena ini dilakukan dengan kerjasama rakan2 STAR, 9W2JTJ, 9W2SMY, 9W2DJP, 9W2ATD, SWAL Joe, SWAL Kimi dan SWAL Afham. Kerjasama dari semua JTJ, HAM, dan Kimi telah naik keatas bumbung rumah ATD yang nyata diatas bukit Lake View dan Tingkat 2 dah tinggi dan tinggi lagi.

Alhamdulillah semuanya selesai dengan menurunkan kedua-dua antena. Terlaksana sudah tugasan menurunkan antena ProGainer yang mana akan dipasang dan di pacak di puncak Bukit Larut.

Persiapan demi persiapan di susun rapi dan dibincangkan bersama rakan-rakan STAR untuk menaikkan Repeater ini di Puncak dan Pencawang Bukti Larut.
AJK STAR telah memanggil beberapa ahli untuk berbincang untuk tugasan menaikkan dan kerja-kerja pemasangan repeater... Hasil dari perbincangan ini seramai 7 stesen telah sukarela menawarkan diri untuk memikul tugasan yang telah diamanahkan. Misi ke Puncak Bukit Larut diketuai oleh Peg.Teknikal 9W2ABV (ABU), dan dibantu oleh 9W2SMY (Ust.Mazlan-Bendahari), 9W2ZIS (Ckg.Aziz- S/Usaha), 9W2DJP(Dj Sham - Biro Penerangan, Multimedia & Keahlian), 9W2JTJ (Jamil Tok Janggut - Biro Sukan dan Rekriasi), 9W2VRI (Ckg.Nazri), SWL Che Wan.

Tarikh 11hb Julai 2011 telah dipilih sebagai tarikh istimewa KELAB STAR kerana pada tarikh ini kerja menaikkan repeater akan dilakukan. seawal jam 7.00pagi rakan yang terlibat telah berkumpul dikaki Bukit Larut menunggu jeep @ kenderaan pertama untuk naik ke puncak Menara Bukit Larut @ Gunung Hijau. 9W2OPT (President -STAR) juga berada dikaki Bukit Larut bagi memberikan sokongan pada rakan2 yang terlibat.

Perjalanan 45 minit dari Kaki Bukit ke Puncak Gunung Hijau membuatkan kami tiba pada jam 8.30pg. Setibanya rakan2 STAR di puncak kami bersarapan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dimulakan. Penghargaan pada 9W2JLA (Kak Jamilah - XYL 9W2ZIS) yang telah menyediakan sarapan pagi yang sungguh enak membuatkan kami tambah bersemangat untuk kerja.

Semua rakan yang terlibat memulakan kerja membersihkan kawasan dan menyiapkan tempat memasang peti repeater . kerja menggali tanah untuk menanam paip PVC untuk kabel
kuasa dilakukan serentak. ABV dan semua bertungkus-lumus menyiapkan tugasan masing masing. setelah pemasangan peti selesai antena dinaikkan dan dilakukan pancar uji bersama rakan yang telah sedia di jaluran. antara yang terlibat untuk pancar uji, 9W2ZAC (Pak Zain - Naib President STAR) di Changkat Jering, 9W2OPT (President STAR) mobile dari Kemunting ke Ijok dan kawasan sekelilingnya, 9W2RMX (Pak Ramizan) kwsn Bandar Taiping, 9W2LPP (Azhar) kawasan Pantai Remis, dan beberapa rakan lain yang turut membantu.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketekunan, kerja pemasangan berjalan lancar dengan bantuan semua rakan-rakan radio amatur. Alhamdulillah setelah selesai semua tugas-tuga rakan STAR bergerak turun ke Kaki Bukit pada jam 2.45ptg.

pihak kelab STAR Taiping amat-amat berterima kasih kepada semua Rakan-rakan STAR yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kerja-kerja amal ini. sesungguhnya kepayahan yang anda luahkan ini dapat dinikmati oleh rakan-rakan. Semoga Allah membalas
segala jasa anda semua...

FREQUENCY : 145.6375
MINUS : -.600
TONE : 85.4
PROGRAM CHECK NET : SETIAP RABU JAM 9.00

JOM KITER HEBOH-HEBOHKAN PADA RAKAN2 SEMUA...












9W2JTJ, SWL KIMI & SWL HAM
proses menurunkan antena











Perbincangan rakan yang akan bertugas
9W2DJP, 9W2OPT, 9W2JTJ











perbincangan bersama
9w2ZIS,OPT,JTJ,SMY,ABV,ZVO &VRI










Siap sedia dalam jeep sebelum bergerak ke puncak dari kiri 9W2 DJP, ZIS, JTJ&
SWL Che Wan













Kerja-kerja memasang peti bermula
dari kiri 9W2 JTJ, ABV (panjat), VRI,
SWL Che Wan










Sarapan pagi....
penghargaan pada 9W2 JLA... xyl ZIS
















Isi Tangki dulu....


















KAMI LAH JUARA...
kami berkerjasama untuk kita...
kami berusaha untuk kita....
kami berganding bahu untuk kita....
kami sedia untuk kita.....
jangan ditanya apa usaha....
kami berkorban demi semua....
ikhlas berganding seia sekata....
tak kenal tua atau pun muda....
kami gembira anda bersuka....
salam 73, dari semua untuk semua...



lapuran :
9w2 DJP
Biro Penerangan, Komunikasi dan keahlian
Kelab STAR,
TAIPING...
73,88... Clear..

16 Jun 2011

Peperiksaan Radio Amatur 1/2011

ASSALAMUALAIKUM....

15hb JUN 2011, bertempat di Komplek Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang, seramai 8 orang SWAL dari Taiping telah menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri 1/2011. Antara yang mengambil RAE tersebut adalah seramai 5 orang dari kelab STAR En.Wan Sholahuddin, Marzuki, Hairi, Afham, Cikgu Ikhwan, dan 3 dari Addtach Taiping, En Hamzah, En. Nazri dan seorang lagi rakan setugas mereka.

Pergerakan semua calon RAE ini di iring oleh rakan-rakan Kelab STAR Taiping bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada semua yang terlibat. Antaranya 9w2djp (DJ Sham), 9w2vzo (Jamil), 9w2fhm (Fahmi), 9w2mkx (Khazri) dan SWAL Joe.


Jam 10pagi semua yang berlibat berkumpul di restoran Sinar di Kamunting Taiping untuk sarapan pagi bersama sebelum memulakan pergerakan. Setelah semuanya berkumpul dan siap bersarapan 3 buah Jalopy bergerak ke R&R Bukit Merah untuk bergabung bersama Rakan Amatur dan Rakan SWAL Seri Manjung yang juga akan menduduki RAE 1/2011. Sebanyak 3 buah Jalopy juga dari Seri Manjung bergerak bersama rakan STAR Taiping menuju ke Destinasi.


Setibanya kami di Pulai Mutiara, hujan lebat telah membasahi bumi Pulai Mutiara menjadikan perjalanan kami agak perlahan oleh kerana pandangan mata menjadi terhad oleh hujan yang terlalu lebat. Keadaan jalan raya yang mengalami banjir kilat juga menyukarkan pergerakan kami, namun semangat yang tidak luntur membuatkan kami terus kedestinasi dengan tabah. 3 buah Jalopy telah terhilang arah oleh kerana banjir dan kesesakan lalulintas. dan mereka tiba di lokasi sebelum jam 2.00 petang.

Dengan semangat yang ada, dan azam yang menggunung semua calon RAE dapat menduduki RAE dengan jayanya dan selamat menghabiskan RAE sebelum jam 5ptg.

Alhamdulillah konvoi calon dan rakan STAR semuanya selamat tiba di Taiping setelah selesai semuanya....




9W2FHM, SWAL Hidir, 9W2DJP
memberi semangat sebelum masuk kedalam dewan













Rakan Taiping sesama rakan Parit Buntar menanti diluar dewan ketika calon sedang pening menjawab soalan...













Che Wan sedang review soalan... InsyaAllah LULUS tu.... tunggguuuuuu....

15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

ASSALAMUALAIKUM...

GURU UMPAMA LILIN YANG AKAN TETAP MENERANGI KEGELAPAN, TANPA GURU TAK MUNGKIN KITA AKAN JADI SEBEGINI, SELAIN AYAH DAN IBU GURULAH YANG BANYAK MEMBANTU KITA.... WALAUPUN DAH BERTAHUN LAMANYA KITA TELAH TERPISAH DENGAN GURU NAMUN JASANYA TIDAK PERNAH KITA LUPAKAN...

KELAB STAR TAIPING INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU DIMALAYSIA DAN PADA RAKAN-RAKAN STAR YANG JUGA GURU DI MALAYSIA INI...

SELAMAT HARI GURU UNTUK ANDA....



05 Mei 2011

Lagu Sempena Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI DUNIA INI... SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA BUDI IBU...

03 Mei 2011

Al - Fatihah Untuk Allahyarham Cikgu Abdullah Zubair.....Namamu tetap da...

Radio Amatur & Anda....


Apabila disebut pasal Radio, semestinya dah terbayang di fikiran kita bahawa radio adalah radas yang digunakan untuk berhibur. mendengar lagu dari saluran frequensi pilihan, contohnya Era.fm, Suria.fm, Sinar.fm, Hit.fm dan macam-macam lagi.
Tetapi radio yang nak diperbincangankan ini amat berlainan fungsinya jika dibandingkan dengan radio yang kita dengar sehari hari kerana fungsinya adalah dua hala. Jika radio dirumah kita hanya satu hala dimana hanya penyampai sahaja yang boleh bersuara tetapi radio ini adalah radio amatur.


Jika difikirkan, apakah fungsi radio amatur pada kita pada zaman serba moden ini??? mungkin ianya dilihat agak ketinggalan zaman. Dengan pemodenan zaman kini, kita dilengkapi dengan peralatan digital dan juga wireless.
Sememangnya ainya tidak ketinggalan sebaliknya fungsi dan kegunaannya sahaja tidak diketahui secara umum. kebiasaannya ramai yang tahu bahawa hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang menggunakannya. Seperti Polis, Tentera, Bomba, Unit Keselamatan, Unit kawalan dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan bahawa ada juga induvidu yang menggunakannya untuk tujuan perniagaan seperti TONTO.
Komunikasi dengan gelombang radio ini adalah dibawah kawalselia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM. Fungsinya secara am adalah untuk berhubung dengan rakan-rakan atau pihak kedua atau ketiga atau berkumpulan. Sebenarnya komunikasi akan menjadi lebih mudah, cepat, tepat dan percuma apabila kita menggunakan Radio Amatur. Dengan menggunakan gelombang radio perhubungan akan berlaku secara terus. Jika dibandingkan dengan dengan penggunaan telefon bimbit diwaktu bencana alam seperti banjir memang jauh berbeza kerana disaat banjir litar dan arus elektrik akan dimatikan membuatkan pencawangan telefon akan terputus tetapi sebaliknya gelombang radio yang berada di puncak gunung tiada masalah sebegini... Pendedahan tentang kegunaan dan kebaikan Radio Amatur haruslah di perluaskan agar semua pihak mengetahui tentang kebaikan dan kegunaannya pada bila masa yang diperlukan...

Dari radas yang digunakan terdapat beberapa jenis antaranya Handy (bimbit) dan Rig (dikenderaan & Dirumah) dan banyak lagi... berbagai jenama terdapat di pasaran umpamanya Icom, Motorola, Kenwood, Yeasu dan banyak lagi... dari harganya pula bergantung kepada kemampuan kita sendiri. Apa yang nak kami sarankan agar setiap kita seharusnya mempunyai 1 unit radio amatur sendiri untuk kegunaan pada masa yang difikirkan perlu...

27 April 2011

BANTUAN MENCARI & MENYELAMAT BUKIT LARUT

PROGRAM : OPERASI MENCARI & MENYELAMAT
TARIKH : 25HB & 26HB APRIL 2011
LOKASI : KAWASAN AIR TERJUN, BUKIT LARUT
MANGSA : ABDULLAH ZUBAIR B ISMAIL
UIMUR : 27 TAHUN
ASAL : KEDAH
PEKERJAAN : GURU, SMK KING EDWARD VII, TAIPING

----------------------------------

Pada 25hb April, Kelab telah di maklumkan oleh 9W2VRI (cikgu Nazri) tentang kehilangan mangsa yang merupakan guru kepada harmonik beliau, oleh yang demikian 9W2VRI memaklumkan kepada semua rakan v20 tentang kejadian. 2 Rakan Kelab STAR, 9W2MKX (Khazri) & 9W2ABV (Abu) bergegas ketempat kejadian untuk menghulurkan bantuan awal.

Sekitar jam 5pm 9W2ABV bersama unit Penyelamat BOMBA, JPAM telah memasuki kawasan berkenaan untuk bantuan mencari. 9W2MKX memantau di tapak kaki bukit dengan bantuan komunikasi. Keadaan hujan lebat membuatkan usaha mencari agak terbatas. Operasi hari pertama dihentikan sekitar jam 7ptg.

sekitar jam 10.00mlm ramai rakan STAR dari V20 telah berkunjung ke tapak lokasi bagi menghulurkan bantuan dan memberi sokongan kepada rakan yang terlibat. Hari pertama ABV & MKX bermalam di Tapak Lokasi..


26hb April 2011 (Hari Kedua) :
Hari kedua, seawal pagi 9W2DJP (DJ Sham) hadir ke lokasi beserta khemah 10"x10", meja banquet & kerusi disediakan bersebelahan khemah & bilik gerakan BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA didirikan bagi menjadikan Command Centre (CC) @ Bilik Gerakan Komunikasi. Jalopi DJP digunakan bagi perhubungan antara CC dengan MONITER (9W2CHE) selaku penghubung antara Radio & cross band.

Seawal pagi 9w2MKX, 9w2ABV & 9w2DJP telah bersiap sedia dari bantuan komunikasi. 9w2ZOT tidak ketinggalan hadir seawal pagi dengan bantuan caj handy. Rakan STAR Taiping (9w2SMY & 9w2VRI) juga tidak ketinggalan untuk membantu menyediakan sarapan pagi untuk Rakan STAR yang terlibat sepenuh masa di lokasi kejadian. Kesungguhan dan kerjasama yg ditunjukkan tanpa berbelah bagi ini amat di hargai. Ada diantara Rakan STAR (9w2ZPT & 9w2JTJ) yang bermurah hati meminjamkan Handy Talkie utk membantu .

Operasi dimulakan sekitar jam 9.00pg. Operasi dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Bomba, sejurur itu AZAN dilaungkan dan DOA selamat dibaca agar operasi hari ini berjaya. Anggota dan semua yang telibat di bahagi kepada beberapa bahagian dan kumpulan.


Semasa operasi mencari dijalan beberapa petunjuk awal dijumpai antaranya puntung rokok, dahan pokok yang dipatahkan, akar yang terputus seperti di tarik dan lain2.. Rakan STAR yang bekerjasama dengan Rakan TORC ( Taiping Off Road Club) tidak putus2 berkomunikasi dengan laporan2 terkini...

Beberapa petunjuk dan petanda awal telah ditemui oleh rakan SWAL CW (Che Wan) yg juga rakan TORC dirasakan semakin hampir dengan mangsa. Beliau merasakan bahawa laluan yang beliau lalui adalah laluan yang dilalui oleh mangsa

Beliau telah menjumpai beberapa puntung rokok dan mengenal pasti dengan CC. dari info waris mangsa adalah sama seperti yang dijumpai. Terdapat beberapa kesan lain seperti ranting yang dipatahkan, akar seperti yang telah ditarik dan kesan kasut ditemui.


SWAL CW merasakan beliau hampir menjumpai mangsa. Apabila sesampai di kawasan Air Terjun beliau telah memaklumkan kpd CC pada jam 10.45 bahawa mangsa telah ditemui. Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring didalam sungai dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia. Punca mangsa meninggal belum dikenal pasti dan dipercayai akibat tergelincir dan terhentak di batu-batu dikawasan tersebut.

Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bergegas ketempat kejadian dan membawa jenazah mangsa ke Hospital Taiping untuk di bedah siasat. Ketua Polis Daerah Taiping telah mengesahkan tentang kejadian tersebut. Isteri mangsa yang juga seorang guru praktikal yang kini sedang hamil 4 bulan anak sulung mangsa yang juga berada di bilik gerakan juga dibawa ke Hospital Taiping. Jenazah Aruahyarham telah dimandikan dan di Sembahyangkan di Masjid Daerah Taiping di Kampung Jambu sebelum di bawa pulang ke Jitra, Kedah...

Kelab STAR Taiping mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang telah bekerjasama berganding bahu membantu, antaranya VZO, RMX, ZAC, FTT, ZPT, JTJ, VRI, SMY, dan ramai lagi yang memberi sokongan moral, semoga usaha murni kita ini diberkati ALLAH.

KELAB STAR TAIPING MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA DAN AMAT BERDUKACITA DENGAN KEMALANGAN YANG BERLAKU... KAMI BERDOA SEMOGA ROHNYA DITEMPAT KAN BERSAMA GOLONGAN ORANG2 YANG BERIMAN... AMIN...

AL-FATIHAH

Mesyuarat Agong Tahunan

Assalamualaikum...

Pada 29hb March 2011, Kelab Stesen Radio Amatur Taiping ( STAR ) telah mengadakan mesyuarat Agong Tahunan. Mesyuarat diadakan di Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Kampung Aman, Kg. Potong Pinang & Taman Assamara di Kampung Aman, Pokok Assam Taiping. Mesyuarat sekitar jam 9.00 mlm. Mesyuarat kali ini telah membuat pemilihan AJK baru baru tahun 2011 & 2012. Pihak kelab mengucapkan TAHNIAH dan jutaan terima kasih kepada semua AJK baru yang telah diberi amanat untuk dilaksanakan bersama. Semoga kita akan bersama- sama untuk membangunkan kelab STAR ini.. Berikut adalah senarai AJK baru bagi sessi 2011 & 2012.

President :
9W2 OPT (Cikgu Ab Aziz)

Naib President :
9W2 ZAC (Pak Zain)

Setiausaha :
9W2 ZIS (Cikgu Aziz)

N/ Setiausaha :
9W2 AWA (Awang Adtec)

Bendahari :
9W2 SMY (Ustaz Mazlan)

Mesyuarat kali ini telah memutuskan untuk memilih 5 AJK baru berbanding tahun lepas hanya 3 AJK dan berikut adalah AJK sessi 2011 & 2012.

Ahli JawatanKuasa

- 9W2 DJP (DJ Sham)
Biro Penerangan(Komunikasi) , Multimedia (ICT) & Keahlian (Publisiti)

- 9W2 ATD (Abg Jai)
Biro Ekonomi

-9W2 DMG (Tok Megat)
Biro Kebajikan, sosial dan Agama

-9W2 JTJ (Jamil Tok Janggut)
Biro Sukan dan Rekriasi

-9W2 FTT (Cikgu Hanafi)
Biro Kebajikan , Sosial dan Agama

Doa dah harapan semoga dengan pemilihan baru ini akan bertambah idea-idea baru untuk kelab..

SELAMAT MAJU JAYA