13 Julai 2011

CHECK NET "MESRA BERSAMA STAR" PERTAMA

ASSALAMUALAIKUM...


13hb Julai 2011, kali pertama setelah dinaikkan dan diperbaiki stesen Pancar Ulang STAR pada isnin yang lalu, malam ini jam 9.20mlm KELAB STAR Taiping telah memberi kepercayaan kepada 9W2ZAC (Pak Zain) untuk mengendalikan program check net "Mesra Bersama Star" .

Di peringkat permulaan ini Net Controller memulakan dengan ucapan pembukaan dan membuka peluang kepada AJK STAR untuk infomasi berkenaan KELAB diikuti oleh "emergency traffic" dimana 9w2JTJ memaklumkan musibah yang menimpa diri dan keluarga beliau.

Check Net dimulakan oleh 9W2 ZAC dan program pertama ini disertai oleh seramai 14 stesen dari sekitar Taiping, Nibung Tebal, Kuala Kangsar, Sungai Senam. Beberapa infomasi telah dikeudarakan oleh beberapa station.

Program ini berakhir sekitar jam 10.05mlm... bagi pihak kelab STAR Taiping, kami mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat dan menjemput anda lagi untuk terus bersama minggu hadapan. Terima kasih dah Tahniah kepada pendali net pertama mlm ini 9W2ZAC yang telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang...

salam 73, Clear..


Lapuran:
9W2DJP, DJ SHAM
BIRO PENERANGAN, MULTIMEDIA DAN KEAHLIAN
KELAB STAR TAIPING
PERAK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan