13 Julai 2011

Musibah Menimpa 9W2JTJ

ASSALAMUALAIKUM...

9W2JTJ - SAUDARA JAMIL BIN EMBA,

Melalui informasi yang diterima, pada 13hb Julai 2011 sekitar jam 2.00pagi, kediaman 9W2JTJ Jamil Bin Emba telah dimasuki oleh Pencuri @ penceroboh. Difahamkan pencuri tersebut telah memasuki melalui pintu hadapan dan ketika ini JTJ berada di Hospital untuk mendapatkan ubat.

Melalui sumber pencuri tersebut menggunakan senjata dan diacukan kepada harmonic JTJ dan mengugut XYL kepada JTJ untuk tidak membuat bising.

Dalam kejadian, pencuri tersebut telah melarikan 2 bentuk cincin emas dan wang tunai dianggarkan sekitar RM350.00 sebelum mereka meninggalkan mangsa. dalam kejadian tiada kemalangan jiwa dilapurkan. Mangsa telah diselamatkan oleh jiran tetangga.

Mengikut sumber, JTJ dan XYLnya telah membuat laporan POLIS di Balai Polis Kamunting... Unit forensik, K-9 dan Jab Siasatan Jenayah dimaklumkan telah membuat pemeriksaan di kediaman mangsa.

QRU, 73, Clear

Laporan :
9W2DJP, DJ SHAM
Biro Penerangan, Multimedia & Keahlian
Kelab STAR Taiping

Tiada ulasan:

Catat Ulasan