27 April 2011

BANTUAN MENCARI & MENYELAMAT BUKIT LARUT

PROGRAM : OPERASI MENCARI & MENYELAMAT
TARIKH : 25HB & 26HB APRIL 2011
LOKASI : KAWASAN AIR TERJUN, BUKIT LARUT
MANGSA : ABDULLAH ZUBAIR B ISMAIL
UIMUR : 27 TAHUN
ASAL : KEDAH
PEKERJAAN : GURU, SMK KING EDWARD VII, TAIPING

----------------------------------

Pada 25hb April, Kelab telah di maklumkan oleh 9W2VRI (cikgu Nazri) tentang kehilangan mangsa yang merupakan guru kepada harmonik beliau, oleh yang demikian 9W2VRI memaklumkan kepada semua rakan v20 tentang kejadian. 2 Rakan Kelab STAR, 9W2MKX (Khazri) & 9W2ABV (Abu) bergegas ketempat kejadian untuk menghulurkan bantuan awal.

Sekitar jam 5pm 9W2ABV bersama unit Penyelamat BOMBA, JPAM telah memasuki kawasan berkenaan untuk bantuan mencari. 9W2MKX memantau di tapak kaki bukit dengan bantuan komunikasi. Keadaan hujan lebat membuatkan usaha mencari agak terbatas. Operasi hari pertama dihentikan sekitar jam 7ptg.

sekitar jam 10.00mlm ramai rakan STAR dari V20 telah berkunjung ke tapak lokasi bagi menghulurkan bantuan dan memberi sokongan kepada rakan yang terlibat. Hari pertama ABV & MKX bermalam di Tapak Lokasi..


26hb April 2011 (Hari Kedua) :
Hari kedua, seawal pagi 9W2DJP (DJ Sham) hadir ke lokasi beserta khemah 10"x10", meja banquet & kerusi disediakan bersebelahan khemah & bilik gerakan BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA didirikan bagi menjadikan Command Centre (CC) @ Bilik Gerakan Komunikasi. Jalopi DJP digunakan bagi perhubungan antara CC dengan MONITER (9W2CHE) selaku penghubung antara Radio & cross band.

Seawal pagi 9w2MKX, 9w2ABV & 9w2DJP telah bersiap sedia dari bantuan komunikasi. 9w2ZOT tidak ketinggalan hadir seawal pagi dengan bantuan caj handy. Rakan STAR Taiping (9w2SMY & 9w2VRI) juga tidak ketinggalan untuk membantu menyediakan sarapan pagi untuk Rakan STAR yang terlibat sepenuh masa di lokasi kejadian. Kesungguhan dan kerjasama yg ditunjukkan tanpa berbelah bagi ini amat di hargai. Ada diantara Rakan STAR (9w2ZPT & 9w2JTJ) yang bermurah hati meminjamkan Handy Talkie utk membantu .

Operasi dimulakan sekitar jam 9.00pg. Operasi dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Bomba, sejurur itu AZAN dilaungkan dan DOA selamat dibaca agar operasi hari ini berjaya. Anggota dan semua yang telibat di bahagi kepada beberapa bahagian dan kumpulan.


Semasa operasi mencari dijalan beberapa petunjuk awal dijumpai antaranya puntung rokok, dahan pokok yang dipatahkan, akar yang terputus seperti di tarik dan lain2.. Rakan STAR yang bekerjasama dengan Rakan TORC ( Taiping Off Road Club) tidak putus2 berkomunikasi dengan laporan2 terkini...

Beberapa petunjuk dan petanda awal telah ditemui oleh rakan SWAL CW (Che Wan) yg juga rakan TORC dirasakan semakin hampir dengan mangsa. Beliau merasakan bahawa laluan yang beliau lalui adalah laluan yang dilalui oleh mangsa

Beliau telah menjumpai beberapa puntung rokok dan mengenal pasti dengan CC. dari info waris mangsa adalah sama seperti yang dijumpai. Terdapat beberapa kesan lain seperti ranting yang dipatahkan, akar seperti yang telah ditarik dan kesan kasut ditemui.


SWAL CW merasakan beliau hampir menjumpai mangsa. Apabila sesampai di kawasan Air Terjun beliau telah memaklumkan kpd CC pada jam 10.45 bahawa mangsa telah ditemui. Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring didalam sungai dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia. Punca mangsa meninggal belum dikenal pasti dan dipercayai akibat tergelincir dan terhentak di batu-batu dikawasan tersebut.

Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bergegas ketempat kejadian dan membawa jenazah mangsa ke Hospital Taiping untuk di bedah siasat. Ketua Polis Daerah Taiping telah mengesahkan tentang kejadian tersebut. Isteri mangsa yang juga seorang guru praktikal yang kini sedang hamil 4 bulan anak sulung mangsa yang juga berada di bilik gerakan juga dibawa ke Hospital Taiping. Jenazah Aruahyarham telah dimandikan dan di Sembahyangkan di Masjid Daerah Taiping di Kampung Jambu sebelum di bawa pulang ke Jitra, Kedah...

Kelab STAR Taiping mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang telah bekerjasama berganding bahu membantu, antaranya VZO, RMX, ZAC, FTT, ZPT, JTJ, VRI, SMY, dan ramai lagi yang memberi sokongan moral, semoga usaha murni kita ini diberkati ALLAH.

KELAB STAR TAIPING MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA DAN AMAT BERDUKACITA DENGAN KEMALANGAN YANG BERLAKU... KAMI BERDOA SEMOGA ROHNYA DITEMPAT KAN BERSAMA GOLONGAN ORANG2 YANG BERIMAN... AMIN...

AL-FATIHAH

Mesyuarat Agong Tahunan

Assalamualaikum...

Pada 29hb March 2011, Kelab Stesen Radio Amatur Taiping ( STAR ) telah mengadakan mesyuarat Agong Tahunan. Mesyuarat diadakan di Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Kampung Aman, Kg. Potong Pinang & Taman Assamara di Kampung Aman, Pokok Assam Taiping. Mesyuarat sekitar jam 9.00 mlm. Mesyuarat kali ini telah membuat pemilihan AJK baru baru tahun 2011 & 2012. Pihak kelab mengucapkan TAHNIAH dan jutaan terima kasih kepada semua AJK baru yang telah diberi amanat untuk dilaksanakan bersama. Semoga kita akan bersama- sama untuk membangunkan kelab STAR ini.. Berikut adalah senarai AJK baru bagi sessi 2011 & 2012.

President :
9W2 OPT (Cikgu Ab Aziz)

Naib President :
9W2 ZAC (Pak Zain)

Setiausaha :
9W2 ZIS (Cikgu Aziz)

N/ Setiausaha :
9W2 AWA (Awang Adtec)

Bendahari :
9W2 SMY (Ustaz Mazlan)

Mesyuarat kali ini telah memutuskan untuk memilih 5 AJK baru berbanding tahun lepas hanya 3 AJK dan berikut adalah AJK sessi 2011 & 2012.

Ahli JawatanKuasa

- 9W2 DJP (DJ Sham)
Biro Penerangan(Komunikasi) , Multimedia (ICT) & Keahlian (Publisiti)

- 9W2 ATD (Abg Jai)
Biro Ekonomi

-9W2 DMG (Tok Megat)
Biro Kebajikan, sosial dan Agama

-9W2 JTJ (Jamil Tok Janggut)
Biro Sukan dan Rekriasi

-9W2 FTT (Cikgu Hanafi)
Biro Kebajikan , Sosial dan Agama

Doa dah harapan semoga dengan pemilihan baru ini akan bertambah idea-idea baru untuk kelab..

SELAMAT MAJU JAYA