16 Jun 2011

Peperiksaan Radio Amatur 1/2011

ASSALAMUALAIKUM....

15hb JUN 2011, bertempat di Komplek Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang, seramai 8 orang SWAL dari Taiping telah menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri 1/2011. Antara yang mengambil RAE tersebut adalah seramai 5 orang dari kelab STAR En.Wan Sholahuddin, Marzuki, Hairi, Afham, Cikgu Ikhwan, dan 3 dari Addtach Taiping, En Hamzah, En. Nazri dan seorang lagi rakan setugas mereka.

Pergerakan semua calon RAE ini di iring oleh rakan-rakan Kelab STAR Taiping bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada semua yang terlibat. Antaranya 9w2djp (DJ Sham), 9w2vzo (Jamil), 9w2fhm (Fahmi), 9w2mkx (Khazri) dan SWAL Joe.


Jam 10pagi semua yang berlibat berkumpul di restoran Sinar di Kamunting Taiping untuk sarapan pagi bersama sebelum memulakan pergerakan. Setelah semuanya berkumpul dan siap bersarapan 3 buah Jalopy bergerak ke R&R Bukit Merah untuk bergabung bersama Rakan Amatur dan Rakan SWAL Seri Manjung yang juga akan menduduki RAE 1/2011. Sebanyak 3 buah Jalopy juga dari Seri Manjung bergerak bersama rakan STAR Taiping menuju ke Destinasi.


Setibanya kami di Pulai Mutiara, hujan lebat telah membasahi bumi Pulai Mutiara menjadikan perjalanan kami agak perlahan oleh kerana pandangan mata menjadi terhad oleh hujan yang terlalu lebat. Keadaan jalan raya yang mengalami banjir kilat juga menyukarkan pergerakan kami, namun semangat yang tidak luntur membuatkan kami terus kedestinasi dengan tabah. 3 buah Jalopy telah terhilang arah oleh kerana banjir dan kesesakan lalulintas. dan mereka tiba di lokasi sebelum jam 2.00 petang.

Dengan semangat yang ada, dan azam yang menggunung semua calon RAE dapat menduduki RAE dengan jayanya dan selamat menghabiskan RAE sebelum jam 5ptg.

Alhamdulillah konvoi calon dan rakan STAR semuanya selamat tiba di Taiping setelah selesai semuanya....




9W2FHM, SWAL Hidir, 9W2DJP
memberi semangat sebelum masuk kedalam dewan













Rakan Taiping sesama rakan Parit Buntar menanti diluar dewan ketika calon sedang pening menjawab soalan...













Che Wan sedang review soalan... InsyaAllah LULUS tu.... tunggguuuuuu....