11 November 2010

KEMBARA KHIDMAT SOSIAL NUR KASIH 2010

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL NUR KASIH 2010.
(4,5,6hb November 2010)

Kelab STAR Taiping telah dipilih sebagai lokasi kunjungan konvoi Kembara Khidmat Nur Kasih Kelantan - Perak 2010. Program yang dianjurkan oleh Rakan Radio Amatur Kelantan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Kelantan telah bermula pada 4 - 6hb November 2010. Pihak penganjur telah berbesar hati memilih Kelab STAR Taiping sebagai destinasi Kembara dan Program Khidmat Sosial ini. pada 5hb November 2010 ( Jumaat ) konvoi kembara tiba di Plaza Tol Taiping Utara (Kamunting) sekitar jam 3ptg dan disambut oleh AJK STAR. Kembara disambut dan diiringin oleh MARSHALL Kelab STAR menuju kelokasi program Di Rumah Nur Kasih, Ulu Sepetang, Taiping. Pada asalnya Kembara, diiringin 2 Peronda PDRM cawangan Ipoh dibantu oleh 2 Rider PRDM Traffik Taiping melusuli Bandar Kamunting terus ke Rumah Nur Kasih.

Petang bersejarah ini di mulakan dengan ucapan beberapa VIP jemputan termasuk ADUN Selama YB Dato Daud. Kembara telah menyumbangkan beberapa keperluan seperti Mesin basuh, kasuh sekolah, seterika, beras, hamper, dan banyak lagi.

Pada malam hari Kembara dibawah melawat Night Safari Zoo Taiping sesama-sama dengan rakan STAR Taiping. Program malam diakhiri dengan Mega Eye Ball.
PDRM juga turut bersama, kelihatan 9W2JTJ & 9W2MKX
Jalopy VVIP dan Jalopy 9W2YOP (Perak.FM)
Dihadapan Rumah Nur Kasih



Ucapan Dato' Naib Presiden PBSM Malaysia
Kelihatan YB Dato Daud
9W2FTT (Pemangku President STAR)

Night Safari & Zoo Taiping