26 Mac 2014

RADIO AMATUR DAN KELAB KENDERAAN BERMOTOR...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

   Kebelakangan ini, banyak pemilik kenderaan bermotor dari kelab-kelab kenderaan bermotor menggunakan RADIO AMATUR (frequensi VHF) di kenderaan atau ditangan. Kebanyakannya adalah bukan memeganga Apparatus Assighment (AA) dan tidak memiliki callsign yang diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimidea Malaysia atau SKMM. Keadaan ini adalah salah mengikut akta komunikasi.

     Keadaan ini dilihat menjadi trand kelab kenderaan bermotor kerana dilihat memudahkan komunikasi antara mereka, sedangkan perkara sebegini adalah salah disisi undang-undang dan dikuatiri akan melanggar SOP yang telah ditetapkan. Bila ditanya ada yang memberitahu sekadar suka-suka. Oleh kerana penguatkuasaan dan pemantauan yang amat kurang dari pihak SKMM maka perkara sebegini berlaku.

    Kelab STAR akan mengambil inisiatif untuk mengadakan program pengenalan tentang Radio Amatur ini kepada kumpulan-kumpulan ini. Pendedahan dan juga pengetahuan terperinci akan diberikan serta dizahirkan untuk semua yang berminat mendalami dunia radio amatur. Program akan diadakan kelak dijangkan akan menarik minat ramai ahli kelab kendaan bermotor ini untuk menduduki Peperiksaan Radio amatur atau RAE. Dengan usaha sebegini dijangka bilangan ahli yang akan memiliki Callsign akan bertambah dan perkembangan rakan amatur juga akan bertambah...

     Akhir kata, Jangan kerana minat undang-undang kita ketepikan, jangan kerana nak mudah kita akan susah...

SHAHARUL HISAM BAHARUDDIN
Presiden / Pengerusi
Kelab STAR Taiping



2 ulasan:

  1. As salam.... saya muhammad amin othman.... berkerja di hospital taiping.... saya berminat nak join kelab dan in syaa allah nak ambil lesen callsign..... sila up date pada saya no fon 0123003267 wasap/wechet/telegram

    BalasPadam