15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

ASSALAMUALAIKUM...

GURU UMPAMA LILIN YANG AKAN TETAP MENERANGI KEGELAPAN, TANPA GURU TAK MUNGKIN KITA AKAN JADI SEBEGINI, SELAIN AYAH DAN IBU GURULAH YANG BANYAK MEMBANTU KITA.... WALAUPUN DAH BERTAHUN LAMANYA KITA TELAH TERPISAH DENGAN GURU NAMUN JASANYA TIDAK PERNAH KITA LUPAKAN...

KELAB STAR TAIPING INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU DIMALAYSIA DAN PADA RAKAN-RAKAN STAR YANG JUGA GURU DI MALAYSIA INI...

SELAMAT HARI GURU UNTUK ANDA....



05 Mei 2011

Lagu Sempena Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI DUNIA INI... SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA BUDI IBU...

03 Mei 2011

Al - Fatihah Untuk Allahyarham Cikgu Abdullah Zubair.....Namamu tetap da...

Radio Amatur & Anda....


Apabila disebut pasal Radio, semestinya dah terbayang di fikiran kita bahawa radio adalah radas yang digunakan untuk berhibur. mendengar lagu dari saluran frequensi pilihan, contohnya Era.fm, Suria.fm, Sinar.fm, Hit.fm dan macam-macam lagi.
Tetapi radio yang nak diperbincangankan ini amat berlainan fungsinya jika dibandingkan dengan radio yang kita dengar sehari hari kerana fungsinya adalah dua hala. Jika radio dirumah kita hanya satu hala dimana hanya penyampai sahaja yang boleh bersuara tetapi radio ini adalah radio amatur.


Jika difikirkan, apakah fungsi radio amatur pada kita pada zaman serba moden ini??? mungkin ianya dilihat agak ketinggalan zaman. Dengan pemodenan zaman kini, kita dilengkapi dengan peralatan digital dan juga wireless.
Sememangnya ainya tidak ketinggalan sebaliknya fungsi dan kegunaannya sahaja tidak diketahui secara umum. kebiasaannya ramai yang tahu bahawa hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang menggunakannya. Seperti Polis, Tentera, Bomba, Unit Keselamatan, Unit kawalan dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan bahawa ada juga induvidu yang menggunakannya untuk tujuan perniagaan seperti TONTO.
Komunikasi dengan gelombang radio ini adalah dibawah kawalselia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM. Fungsinya secara am adalah untuk berhubung dengan rakan-rakan atau pihak kedua atau ketiga atau berkumpulan. Sebenarnya komunikasi akan menjadi lebih mudah, cepat, tepat dan percuma apabila kita menggunakan Radio Amatur. Dengan menggunakan gelombang radio perhubungan akan berlaku secara terus. Jika dibandingkan dengan dengan penggunaan telefon bimbit diwaktu bencana alam seperti banjir memang jauh berbeza kerana disaat banjir litar dan arus elektrik akan dimatikan membuatkan pencawangan telefon akan terputus tetapi sebaliknya gelombang radio yang berada di puncak gunung tiada masalah sebegini... Pendedahan tentang kegunaan dan kebaikan Radio Amatur haruslah di perluaskan agar semua pihak mengetahui tentang kebaikan dan kegunaannya pada bila masa yang diperlukan...

Dari radas yang digunakan terdapat beberapa jenis antaranya Handy (bimbit) dan Rig (dikenderaan & Dirumah) dan banyak lagi... berbagai jenama terdapat di pasaran umpamanya Icom, Motorola, Kenwood, Yeasu dan banyak lagi... dari harganya pula bergantung kepada kemampuan kita sendiri. Apa yang nak kami sarankan agar setiap kita seharusnya mempunyai 1 unit radio amatur sendiri untuk kegunaan pada masa yang difikirkan perlu...